Wednesday, April 14, 2010

Perbezaan custom album atau e-book atau e-photo album dengan photobook

Ramai yang tanyakan pakej fotografi sebagai jurufoto perkahwinan tentang perbezaan custom album atau e-book atau e-photo album dengan photobook. saya sertakan dibawah gambar gambar album tersebut untuk dibandingkan.

Custom Album/e-photo

custom album, jurufoto, jurukamera
custom album, jurufoto, jurukamera
custom album, jurufoto, jurukamera

Photobook

photobook, jurufoto, jurukamera
photobook, jurufoto, jurukamera
photobook, jurufoto, jurukamera

Album

CUSTOM ALBUM

Mula mula skali kita start dengan Custom Album.Custom Album nie ade dua,yang pertama gamba tuh didesign layoutnye atas saiz 8″x12″ bersamaan 8R dan diprint lalu ditampal diatas board keras yg telah melekat pada album tuh sendiri,nie style lama-lama tapi masih ade orang yg gunakan,walaupun old school tapi style.

Yang kedua pulak kita design layoutnye kat komputer ikut size yang ditempah contohnye 8″x12″ lepas tuh kita pilih kulit album tuh sendiri nak PVC Leather ke or nak Custom. Kalo yang PCV Leather cover die timbul teksturenya dan kosong takde ade ape-ape cuma ada teksture bunga-bunga or kulit pokok je. Jenis nie bila print die terus print atas board yang keras tuh kita boleh pilih nak paper ape,slalunye saya gunakan matted paper jadi kelebihan kat sini tak tertanggal la berbanding yg old school tuh.Kami gunakan yang nie untuk client-client kami.

Contoh kat bawah nie size 10″x24″ dengan acrylic cover ala-ala kaca gitu,berat tapi nampak esklusif.

Contoh kat bawah nie pulak size 8″x24″ dengan PVC Leather Cover,lawa jugak yg nie jatuh pon tak pecah.

Nie pulak contoh design Custom Cover untuk Custom Album.

Contoh layout dalaman Custom Album.

Pengiraan pages dan size dalam custom album boleh tgk contoh kat bawah nie. Untuk size rasanya boleh paham dengan merujuk gambar kat bawah nie,tapi nie nak cerita pasal pengiraan muka surat dalam Custom album nie. Contohnya A + B dikira 1 (satu) page dan A atau B sahaja dikira 1(satu) mukasurat.

Selalunya standart custom album ada 20 mukasurat bersamaan dengan 10 page.

PHOTBOOK ALBUM

Photobook album nie pulak ala-ala majalah yang ade kat kedai tuh,material die sama cam kat kedai tuh,kertas die nipis. Yang nie pon boleh pilih sama ada nak yang custom page depan or nak yang hardcover je, Album jenis nie slalunye lebih murah berbanding Custom Album kat atas tuh,hasilnye pon menarik.

Contoh Photobook dengan hard cover.

CUSTOM STICKY ALBUM

Custom Sticky Album pulak sama dengan sticky album yang biasa nie kat mane yg nampak custom tuh? Yang custom tuh sebenarnye cover depan die di design dan diprint kemudianye dibalut.Bagi nampak menarik sikit berbanding Sticky Album biasa tuh. Biasanya photographer akan memberikan jenis yg hitam didalamnye dan print pulak 4R tuh ade border baru nampak pro dan contra nya kat situ.

Susunan letak gambar dalam sticky album nie mengikut kreativiti masing-masing la kan. Album jenis nie lebih murah berbanding dengan album-album kat atas tuh.

Nie contoh Custom Sticky Album

STICKY ALBUM

Sticky Album nie paling biasa skali,slalunye depan die hitam or warna warna lain, jenis nie ade jugak yang ade window soo boleh letak gamba kat depan tuh ,album nie pon slalu dalamnye berwarna hitam.Sama cam Custom Sticky Album tapi depan die kosong/plain je.

Nie Contohnye..

Soo lepas nie boleh la decide mane mane album yang nak, biarlah mengikut budget anda semua, tapi kenangan tuh penting, sekali sekala wat yang gempak ape salahnya kan? tepuk dada tanye selara.

Untuk Apa Anda Membayar Jurugambar

Untuk Apa Anda Membayar Jurugambar
Petikan asal dari Majalah Pesona Pengantin
Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera

Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar

Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan

Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman

Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos Material

Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan. Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

Jadi fikir-fikirkan lah...
Antara duit dan kenangan, duit boleh cari, tapi kenangan manis datang hanya sekali.