Monday, October 18, 2010

Pernikahan Shahril & Juliana





Ini adalah Majlis Pernikahan Shahril & Juliana yang berlangsung Majlis Agama Islam Selangor,pada tanggal 5 Oktober 2010 terikat ikatan pernikahan antara mereka..Majlis persepsi yang serba ringkas ini tp bermakna bagi kedua2 mempelai,ikatan perkenalan hampir 5tahun akhirnya termeterai dgn pernikahan.Apa yang aku tahu si pengantin laki ni adalah seorang pemain gitar di salah sebuah indieband yang tgh meningkat naik...Sama2 kita nntikan kemunculan band nyeeee...hheee

Sekadar Bingkisan Untuk Tontonan Umum





Thursday, July 29, 2010

White Studio ( 28 Ogos 10)





Akhirnya dapat jgk menjejak kaki ke studio Lite Box ni..dh lm kepingin nk blaja cmne nk gne tools utk studio,akhirnya dpat jgk.Kami sewa studio ni slama sejam sambil tu diajar cmne nk gne tools..so agak puashati la wlupun xprepare knowledge tntang bnda2 ni..so kami shoot r pic bdak2 umh kami ala2 candid.Lihat la.....

Monday, June 21, 2010

Anda Pilih : Tradisional atau Fotojurnalis?

Dalam memilih pakej fotografi perkahwinan, sebagai pelanggan, anda harus melihat mengenalpasti, gaya apakah yang anda inginkan untuk fotografi perkahwinan anda. Di luar sana, terdapat beratus malahan beribu-ribu jurufoto perkahwinan yang menampilkan pelbagai gaya rakaman. Ada juga yang menampilkan semua gaya rakaman dan mereka boleh melakukan semuanya. Sebagai pelanggan, anda bolehlah membuat pilihan gaya anda, samada mahukan gaya tradisional ataupun gaya kontemporari, iaitu fotojurnalisme. Apabila anda telah membuat pilihan, maka langkah seterusnya ialah bertanyakan kepada jurufoto yang anda dapat hubungi samada mereka menawarkan gaya fotografi yang anda mahukan atau tidak.

Apakah definisi fotografi perkahwinan secara tradisional dan apakah pula definisi fotojurnalisme? Pertama sekali, kita lihat masa telah merubah gaya fotografi perkahwinan dan ini mungkin disedari atau tidak disedari oleh bakal pengantin ataupun tidak. Bagi mereka yang mengikuti bidang ini, sudah tentu pengetahuan mereka mengenai fotografi perkahwinan boleh membawa mereka kepada satu tahap di mana jurufoto boleh bekerjasama dengan baik dengan mereka. Fotografi perkahwinan secara tradisional adalah satu gaya yang berteraskan kepada satu perkataan - posing! Terma ini boleh sahaja didefinisikan sebagai penggayaan atau bergaya di depan kamera. Cara ini walaupun agak tradisional, ia masih lagi digunapakai oleh jurufoto dalam penawaran perkhidmatan mereka. Ada yang memasukkannya di dalam pakej secara pukal dan ada juga yang menawarkan pakej ini secara terpisah. Pukal bermakna gaya kontemporari digabungkan dengan gaya tradisional di dalam satu pakej yang ditawarkan kepada para pengantin. Ada juga yang menawarkan gaya ini secara pakej terpisah iaitu penambahan kos untuk sesi bergaya di depan kamera, dan memandangkan ia adalah pakej tambahan, maka prosesnya agak rumit iaitu pasangan pengantin bersama jurufoto perlu ke satu tempat khas yang cantik latarbelakangnya atau satu kawasan yang memang popular (contohnya : Putrajaya, Stesen Keretapi Kuala Lumpur, Dayabumi, KLCC dan sebagainya) untuk proses rakaman tersebut. Kos-kos tambahan adalah melibatkan tenaga dan kos bahan api ke tempat rakaman.

Penggayaan di depan kamera memerlukan sepasang pengantin mengetahui sedikit sebanyak mengenai pengalaman seseorang model bergaya di depan kamera. Jika mereka tidak mengetahui apa-apa mengenai pengalaman modelling, maka jurufoto akan bertindak sebagai fasilitator kepada proses menggayakan diri di depan kamera. Itulah sebabnya anda sebagai seorang bakal pelanggan, perlu mengetahui samada jurufoto yang anda temui itu, tahu atau tidak mengenai proses penggayaan di depan kamera. Tidak ramai yang menguasai bidang ini. Ada yang tahu sedikit-sedikit sahaja dan ada yang tahu semuanya. Tidak salah jika seseorang jurufoto yang tiada pengalaman dalam bidang penggayaan di depan kamera (yang mungkin juga seorang pemalu) untuk menjalankan tugasan fotografi perkahwinan kerana mereka boleh menjalankannya mengikut proses kontemporari, iaitu fotojurnalis!

Fotojurnalisme pula adalah proses rakaman fotografi perkahwinan yang tidak memerlukan komunikasi yang banyak di antara jurufoto dan pasangan pengantin. Jurufoto juga boleh jadi seorang yang hanya duduk di satu sudut dan merakamkan apa sahaja yang berlaku di dalam sesuatu majlis perkahwinan tersebut. Jurufoto akan merakamkan apa sahaja rakaman detik menarik yang boleh dijadikan ingatan pada masa depan. Rakaman fotojurnalis juga merakamkan detik-detik lucu yang berlaku semasa majlis perkahwinan sedang berlangsung. Gelak tawa sanak saudara pasti menggamit kenangan sesudah majlis berakhir. Rakaman adalah tanpa arahan, pasangan pengantin atau kaum keluarga tidak diarahkan untuk memberikan senyuman. Jurufoto akan merakamkan apa sahaja detik yang menarik. Foto yang dirakamkan pastinya lebih banyak daripada rakaman secara penggayaan di depan kamera.

Sebenarnya, setiap gaya rakaman yang anda (sebagai bakal pelanggan) semestinya memiliki nilai estetika yang tersendiri. Mana-mana gaya yang anda pilih tidaklah salah dan boleh dikatakan tidak cantik. Sudah sedia maklum bahawa fotografi digital memungkinkan segalanya, iaitu foto yang gelap boleh diterangkan, foto yang gagal dalam komposisi boleh dipotong untuk menjadikannya berkomposisi menarik dan sebagainya. Kita tidak boleh mengatakan bahawa gaya tradisional tidak cantik dan gaya fotojurnalis tidak cantik, bahkan kedua-duanya cantik dan seperti diterangkan di atas, mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Jadi, pilihlah antara keduanya yang mana anda suka, kerana andalah penentu gaya fotografi perkahwinan anda kelak, bukannya jurufoto. Pilihlah yang terbaik untuk anda supaya setiap rakaman boleh menjadi ingatan kepada anda dan bakal pasangan anda sepanjang hayat!

Wednesday, April 14, 2010

Perbezaan custom album atau e-book atau e-photo album dengan photobook

Ramai yang tanyakan pakej fotografi sebagai jurufoto perkahwinan tentang perbezaan custom album atau e-book atau e-photo album dengan photobook. saya sertakan dibawah gambar gambar album tersebut untuk dibandingkan.

Custom Album/e-photo

custom album, jurufoto, jurukamera
custom album, jurufoto, jurukamera
custom album, jurufoto, jurukamera

Photobook

photobook, jurufoto, jurukamera
photobook, jurufoto, jurukamera
photobook, jurufoto, jurukamera